Reka-bentuk Banglo Kecil v2

Masih belum berpuas hati dengan reka-bentuk banglo kecil yang sebelum ini, Cikgu cuba mereka-bentuk rumah banglo untuk mendapatkan yang lebih sesuai dengan citarasa.

Berikut antara ciri-ciri rumah yang Cikgu ambil perhatian:

  • Ruang tamu yang dapat melihat kawasan luar depan dan belakang rumah.
  • Saiz rumah yang kecil tetapi selesa.
  • Dapur bersaiz penuh.
  • Dua bilik mandi; dengan tandas duduk dan tandas cangkung.
  • Ruang untuk mesin basuh pakaian.
  • Ruang untuk simpan kasut.
  • Ruang untuk pejabat/komputer.
  • Ruang tamu boleh digunakan untuk solat jemaah, dan juga untuk majlis keramaian.
  • Dapur dan meja makan yang agak tersorok dari ruang tamu.
  • Pili air di luar pintu masuk depan dan belakang rumah.
  • Semua bilik tidur mempunyai tingkap yang sesuai.
  • 4 bilik tidur (1 bilik parent, 2 untuk anak lelaki dan anak perempuan, 1 untuk tetamu atau stor).
  • Kedudukan bilik-bilik dengan ruang keluarga berkumpul tidak terlalu jauh/terpencil, supaya mudah berinteraksi/bertemu muka dan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

Ciri-ciri yang terpaksa diketepikan dalam reka-bentuk ini antaranya ialah seperti yang berikut:

  • Ruang khas untuk pentry.
  • Ruang stor. Untuk ruang stor ini, mungkin boleh diadakan sekalikan dengan garaj kereta. Kontena terpakai juga mungkin boleh diguna sebagai ruang stor.
  • Ruang jemuran pakaian selepas basuh untuk dikeringkan, kerana boleh diadakan di luar rumah.
  • Attached-garrage for two cars.

rumahpegoh-livingdiningtengah_dapurtepiblkg_4bedrooms_0garage_v1-6-photo009-edited

Advertisements

Reka-bentuk Banglo Kecil

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Pada petikan lalu Cikgu pernah perbincangkan berkenaan pelan idaman untuk rumah banglo. Untuk kali ni, pelan idaman telah mengalami perubahan kepada saiz keseluruhan yang lebih kecil, 4 bilik tidur, ruang mesin basuh baju, pintu luar kedua, dan lain-lain.

Berikut adalah gambar hasil dari perisian SweetHome 3D dan juga bantuan perisian gimp, dan krita.

rumahPegoh-030-0800-crop-markRed

Mari berkongsi komen, pandangan, dan cadangan.

 

Reka-bentuk Rumah Banglo Idaman

rumah pegoh - pandangan sisi kiri depan

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Kali ini Cikgu ingin bersama bincangkan berkenaan mereka-bentuk rumah banglo idaman. Untuk makluman awal, Cikgu bukan arkitek atau kontraktor bina rumah ya 🙂

Bagi yang sudah ada tanah, dan nak bina rumah, perlu lihat dahulu ciri tanah; saiz, bentuk/petak lot tanah, ukuran panjang/lebar, kecuraman, ketinggian dari kawasan sekitar, berada dalam kawasan banjir atau tidak, dsb.

Bagi yang belum ada tanah, boleh merancang rekabentuk rumah dahulu. Kemudian mencari tanah untuk dibeli sesuai dengan terutamanya saiz, ukuran, & bentuk/petak lot tanah.

Contoh

Untuk reka-bentuk rumah banglo idaman, disini Cikgu senaraikan antara ciri yang menjadi idaman;

  • rumah banglo setingkat.
  • tangki air mencukupi, mudah akses untuk dicuci.
  • bilik sekurang-kurangnya 4.
  • ruang muat solat jemaah sekeluarga.
  • bilik mandi sekurang-kurangnya 3 (2 dengan tandas cangkung, 1 dengan tandas duduk). Mangkuk/pan jenama ‘Johnson Suisse’.
  • peti surat, peti meter elektrik, peti meter air, peti surat, peti sampah, loceng, lampu; di pagar hadapan rumah.
  • pengudaraan semulajadi.
  • pencahayaan semulajadi.
  • privacy; termasuk privacy dari pandangan luar (jiran sebelah kanan, kiri, depan, belakang).

rumah pegoh - foor plan

Gambarajah pelan lantai di atas dalam format fail PDF: Download

Untuk makluman tambahan, gambar-gambar di atas dihasil secara umumnya menggunakan software ‘Sweet Home 3D‘. Software berkaitan yang membantu antaranya ‘Inkscape‘ dan ‘Blender‘.

Wallahua’lam.