Baru-baru ini Cikgu sekeluarga mencari tanah untuk dibina banglo. Berikut sedikit catatan berkaitan yang mungkin boleh dijadikan panduan bersama.
- Belajar serba sedikit baca pelan tanah dsb.
- Semak dengan bank berapa jumlah maksimum yang bank sanggup biaya.
- Belajar langkah-langkah atau proses beli, bayar, guaman, tukar status tanah, tukar hak milik, dsb.
- Freehold. Di sini Cikgu tak bincangkan berkenaan freehold dan leasehold.
- Tanah status bangunan kediaman, bukan pertanian, industri, dll.
- Berdekatan masjid/surau. Dapat dengar azan.
- Arah kiblat.
- Arah terbit/turun matahari.
- lihat jika ada apa2 sekatan terhadap tanah.
- kaveat.
- Samaada ada cukai/denda/bil tertunggak terhadap tanah.
- lot tengah; bukan lot hujung/tepi. Sebab peratusan tanah boleh guna untuk buat rumah banglo bagi lot hujung/tepi nanti akan lebih kecil berbanding peratusan tanah boleh guna pada lot tengah.
- Luas sekurang-kurangnya 6000 sq.ft. (kaki persegi). Ini hanya citarasa Cikgu sendiri.
- Ukuran dan bentuk tanah lot. Ini penting sebab rekabentuk rumah yang akan dibina banyak bergantung kepadanya.
- Kecuraman tanah.
- Ketinggian tanah lot berbanding jalan dan kawasan sekeliling.
- Samaada dalam/dekat kawasan banjir.
- Tanah telah dibersihkan/dikosongkan.
- Tanah telah diratakan.
- Samaada tanah perlu ditembok atau tidak.
- Harga untuk saiz sekaki (RM/sq. ft).
- Berdekatan dengan sumber/tiang elektrik.
- Berdekatan dengan sumber/paip air.
- Berdekatan kawasan yang telah ada internet yang laju.
- Perparitan.
- Laluan/jalan bertar dari luar ke rumah.
- Lampu jalan & dekat lot tanah.
- Lot jiran.
- Jiran; agama, kaum, sifat, …
- Dapatkan contact jiran-jiran.
- Samaada penjual adalah pemilik tanah, atau …, atau …
- Semak/buat carian geran dsb. di pejabat tanah mukim/daerah terbabit.
- Semak/dapatkan salinan pelan kawasan terbaru di JUPEM.
- Semak/dapatkan info berkenaan pelan/perancangan pembangunan kawasan terlibat.
- …
Wallahua’lam.