Kerja menukar minyak engine untuk kereta Myvi 1.3 adalah mudah. Kedudukan engine oil filter juga mudah diakses. Ringkasnya, memang boleh buat sendiri (DIY) di rumah.
Alatan:
- spana saiz-14.
- Bekas untuk tadah minyak enjin (boleh juga dibuat dari bekas minyak engine).
- Surat khabar lama (optional).
- Pembuka ‘engine oil filter’; kadang2 dengan tangan pun boleh buka; atau pakai sarung tangan getah supaya dapat grip untuk pusingkan oil filter tu.)
Drain plug washer.- corong untuk masukkan minyak engine (perlu supaya minyak engine tak tertumpah meleleh, tak masuk); boleh dibuat dari bekas botol mineral.
- kotak/cardboard: untuk alas badan bila baring bawah kereta, badan tak sakit dan baju tak kotor; boleh buat dengan membuka kotak/cardboard tersebut, mintak je kotak terpakai dari kedai runcit pun boleh.
Bahan:
- engine oil (saya beli minyak 4 liter, 15W-40).
- engine oil filter.
- drain plug washer (optional, kalau ada lebih baik).
Langkah:
- Hidupkan enjin, dan kemudian matikan selepas lebih kurang 5 minit. Ini supaya minyak enjin digaul dan keluar lebih mudah.
- Tunggu enjin sejuk sedikit / suam supaya mudah untuk buat kerja dan tidak membahayakan.
- Check engine oil dengan melihat pada deep-stick.
- Buka ‘engine oil cap’.
- Letak alat-3 (bekas untuk tadah minyak engine) di bawah bahagian ‘drain plug’.
- Dengan menggunakan spana saiz-14, buka skru ‘drain plug’. Engine oil akan mengalir keluar jatuh masuk dalam bekas tadah.
- Bila dah berhenti/habis keluar minyak engine tersebut; buka oil filter dengan cara pulas body oil filter tu arah lawan jam.
- Sapu sedikit minyak enjin yang baru pada permukaan oil filter baru (bahagian permukaan ‘yang akan bergesel’ semasa memasang oil filter itu nanti).
- Pasang oil filter baru dengan pulas badan oil filter arah ikut jam.
- Letak washer baru pada nat drain plug; dan pasangkan drain plug.
- Letak alat-6, corong untuk pandu masuk minyak engine; dan boleh tuang minyak engine.
- Semak sukatan minyak engine yang dimasukkan pada botol minyak engine; dan juga pada ‘deep-stick’.
- Tutup semula oil cap.
- Bersihkan dengan mengelap kesan minyak sekitar drain-plug dan oil-filter. Guna surat khabar lama pun boleh.
- Boleh start engine. Bawa kereta jalan sekejap. Behenti. Semak semula bahagian bawah engine kawasan drain-plug dan juga kawasan oil-filter tadi, pastikan tiada tumpahan minyak keluar (leaking).