Reka-bentuk Banglo Kecil v2

Masih belum berpuas hati dengan reka-bentuk banglo kecil yang sebelum ini, Cikgu cuba mereka-bentuk rumah banglo untuk mendapatkan yang lebih sesuai dengan citarasa.

Berikut antara ciri-ciri rumah yang Cikgu ambil perhatian:

  • Ruang tamu yang dapat melihat kawasan luar depan dan belakang rumah.
  • Saiz rumah yang kecil tetapi selesa.
  • Dapur bersaiz penuh.
  • Dua bilik mandi; dengan tandas duduk dan tandas cangkung.
  • Ruang untuk mesin basuh pakaian.
  • Ruang untuk simpan kasut.
  • Ruang untuk pejabat/komputer.
  • Ruang tamu boleh digunakan untuk solat jemaah, dan juga untuk majlis keramaian.
  • Dapur dan meja makan yang agak tersorok dari ruang tamu.
  • Pili air di luar pintu masuk depan dan belakang rumah.
  • Semua bilik tidur mempunyai tingkap yang sesuai.
  • 4 bilik tidur (1 bilik parent, 2 untuk anak lelaki dan anak perempuan, 1 untuk tetamu atau stor).
  • Kedudukan bilik-bilik dengan ruang keluarga berkumpul tidak terlalu jauh/terpencil, supaya mudah berinteraksi/bertemu muka dan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

Ciri-ciri yang terpaksa diketepikan dalam reka-bentuk ini antaranya ialah seperti yang berikut:

  • Ruang khas untuk pentry.
  • Ruang stor. Untuk ruang stor ini, mungkin boleh diadakan sekalikan dengan garaj kereta. Kontena terpakai juga mungkin boleh diguna sebagai ruang stor.
  • Ruang jemuran pakaian selepas basuh untuk dikeringkan, kerana boleh diadakan di luar rumah.
  • Attached-garrage for two cars.

rumahpegoh-livingdiningtengah_dapurtepiblkg_4bedrooms_0garage_v1-6-photo009-edited

Tukar Minyak Enjin Myvi 1.3

Kerja menukar minyak engine untuk kereta Myvi 1.3 adalah mudah. Kedudukan engine oil filter juga mudah diakses. Ringkasnya, memang boleh buat sendiri (DIY) di rumah.

Alatan:

  1. spana saiz-14.
  2. Bekas untuk tadah minyak enjin (boleh juga dibuat dari bekas minyak engine).
  3. Surat khabar lama (optional).
  4. Pembuka ‘engine oil filter’; kadang2 dengan tangan pun boleh buka; atau pakai sarung tangan getah supaya dapat grip untuk pusingkan oil filter tu.)
  5. Drain plug washer.
  6. corong untuk masukkan minyak engine (perlu supaya minyak engine tak tertumpah meleleh, tak masuk); boleh dibuat dari bekas botol mineral.
  7. kotak/cardboard: untuk alas badan bila baring bawah kereta, badan tak sakit dan baju tak kotor; boleh buat dengan membuka kotak/cardboard tersebut, mintak je kotak terpakai dari kedai runcit pun boleh.

Bahan:

  1. engine oil (saya beli minyak 4 liter, 15W-40).
  2. engine oil filter.
  3. drain plug washer (optional, kalau ada lebih baik).

Langkah:

  1. Hidupkan enjin, dan kemudian matikan selepas lebih kurang 5 minit. Ini supaya minyak enjin digaul dan keluar lebih mudah.
  2. Tunggu enjin sejuk sedikit / suam supaya mudah untuk buat kerja dan tidak membahayakan.
  3. Check engine oil dengan melihat pada deep-stick.
  4. Buka ‘engine oil cap’.
  5. Letak alat-3 (bekas untuk tadah minyak engine) di bawah bahagian ‘drain plug’.
  6. Dengan menggunakan spana saiz-14, buka skru ‘drain plug’. Engine oil akan mengalir keluar jatuh masuk dalam bekas tadah.
  7. Bila dah berhenti/habis keluar minyak engine tersebut; buka oil filter dengan cara pulas body oil filter tu arah lawan jam.
  8. Sapu sedikit minyak enjin yang baru pada permukaan oil filter baru (bahagian permukaan ‘yang akan bergesel’ semasa memasang oil filter itu nanti).
  9. Pasang oil filter baru dengan pulas badan oil filter arah ikut jam.
  10. Letak washer baru pada nat drain plug; dan pasangkan drain plug.
  11. Letak alat-6, corong untuk pandu masuk minyak engine; dan boleh tuang minyak engine.
  12. Semak sukatan minyak engine yang dimasukkan pada botol minyak engine; dan juga pada ‘deep-stick’.
  13. Tutup semula oil cap.
  14. Bersihkan dengan mengelap kesan minyak sekitar drain-plug dan oil-filter. Guna surat khabar lama pun boleh.
  15. Boleh start engine. Bawa kereta jalan sekejap. Behenti. Semak semula bahagian bawah engine kawasan drain-plug dan juga kawasan oil-filter tadi, pastikan tiada tumpahan minyak keluar (leaking).

My OS Watch List

Berikut adalah senarai opensource OS yang menarik perhatian saya.

– FreeBSD
– LinuxMint
– Android-x86
– ReactOS
– GoboLinux

gobo-logo

GoboLinux (http://www.gobolinux.org/) adalah OS yang paling saya teruja. Ini adalah kerana saya sangat tertarik dengan idea kaedah filesystem dan package manager.

reactos_0

Dan yang keduanya ialah ReactOS (http://www.reactos.org/).