Bagi kereta kancil ini, pada saya sedikit leceh apabila ingin menukar engine oil filter. Ini kerana kedudukannya sempit; perlu membuka plat nombor, di mana terdapat lubang access dibelakangnya.
Alatan:
- spana saiz-14
- bekas untuk tadah minyak enjin lama (boleh juga dibuat dari bekas minyak engine)
- surat khabar lama (optional).
- pembuka ‘engine oil filter’; kadang2 dengan tangan pun boleh buka; atau pakai sarung tangan getah supaya dapat grip untuk pusingkan oil filter tu.)
- drain plug washer.
- corong untuk masukkan minyak engine (perlu supaya minyak engine tak tertumpah meleleh, tak masuk); boleh dibuat dari bekas botol mineral.
Bahan:
- engine oil
- engine oil filter
Langkah:
- Check engine oil dengan melihat pada deep-stick.
- Buka ‘engine oil cap’.
- Letak alat-3 (bekas untuk tadah minyak engine) di bawah bahagian ‘drain plug’.
- Dengan menggunakan spana saiz-14, buka skru ‘drain plug’. Engine oil akan mengalir keluar jatuh masuk dalam bekas tadah.
- Bila dah berhenti/habis keluar minyak engine tersebut; buka oil filter dengan cara pulas body oil filter tu arah lawan jam.
- Sapu sedikit minyak enjin yang baru pada permukaan oil filter baru (bahagian permukaan ‘yang akan bergesel’ semasa memasang oil filter itu nanti).
- Pasang oil filter baru dengan pulas badan oil filter arah ikut jam.
- Letak washer baru pada nat drain plug; dan pasangkan drain plug.
- Letak alat-6, corong untuk pandu masuk minyak engine; dan boleh tuang minyak engine.
- Semak sukatan minyak engine yang dimasukkan pada botol minyak engine; dan juga pada ‘deep-stick’.
- Tutup semula oil cap.
- Boleh start engine.