Reka-bentuk Rumah Banglo Idaman

rumah pegoh - pandangan sisi kiri depan

Bismillaahirrahmaanirrahiim.

Kali ini Cikgu ingin bersama bincangkan berkenaan mereka-bentuk rumah banglo idaman. Untuk makluman awal, Cikgu bukan arkitek atau kontraktor bina rumah ya 🙂

Bagi yang sudah ada tanah, dan nak bina rumah, perlu lihat dahulu ciri tanah; saiz, bentuk/petak lot tanah, ukuran panjang/lebar, kecuraman, ketinggian dari kawasan sekitar, berada dalam kawasan banjir atau tidak, dsb.

Bagi yang belum ada tanah, boleh merancang rekabentuk rumah dahulu. Kemudian mencari tanah untuk dibeli sesuai dengan terutamanya saiz, ukuran, & bentuk/petak lot tanah.

Contoh

Untuk reka-bentuk rumah banglo idaman, disini Cikgu senaraikan antara ciri yang menjadi idaman;

  • rumah banglo setingkat.
  • tangki air mencukupi, mudah akses untuk dicuci.
  • bilik sekurang-kurangnya 4.
  • ruang muat solat jemaah sekeluarga.
  • bilik mandi sekurang-kurangnya 3 (2 dengan tandas cangkung, 1 dengan tandas duduk). Mangkuk/pan jenama ‘Johnson Suisse’.
  • peti surat, peti meter elektrik, peti meter air, peti surat, peti sampah, loceng, lampu; di pagar hadapan rumah.
  • pengudaraan semulajadi.
  • pencahayaan semulajadi.
  • privacy; termasuk privacy dari pandangan luar (jiran sebelah kanan, kiri, depan, belakang).

rumah pegoh - foor plan

Gambarajah pelan lantai di atas dalam format fail PDF: Download

Untuk makluman tambahan, gambar-gambar di atas dihasil secara umumnya menggunakan software ‘Sweet Home 3D‘. Software berkaitan yang membantu antaranya ‘Inkscape‘ dan ‘Blender‘.

Wallahua’lam.

Beli Tanah Lot Banglo

Baru-baru ini Cikgu sekeluarga mencari tanah untuk dibina banglo. Berikut sedikit catatan berkaitan yang mungkin boleh dijadikan panduan bersama.

  • Belajar serba sedikit baca pelan tanah dsb.
  • Semak dengan bank berapa jumlah maksimum yang bank sanggup biaya.
  • Belajar langkah-langkah atau proses beli, bayar, guaman, tukar status tanah, tukar hak milik, dsb.
  • Freehold. Di sini Cikgu tak bincangkan berkenaan freehold dan leasehold.
  • Tanah status bangunan kediaman, bukan pertanian, industri, dll.
  • Berdekatan masjid/surau. Dapat dengar azan.
  • Arah kiblat.
  • Arah terbit/turun matahari.
  • lihat jika ada apa2 sekatan terhadap tanah.
  • kaveat.
  • Samaada ada cukai/denda/bil tertunggak terhadap tanah.
  • lot tengah; bukan lot hujung/tepi. Sebab peratusan tanah boleh guna untuk buat rumah banglo bagi lot hujung/tepi nanti akan lebih kecil berbanding peratusan tanah boleh guna pada lot tengah.
  • Luas sekurang-kurangnya 6000 sq.ft. (kaki persegi). Ini hanya citarasa Cikgu sendiri.
  • Ukuran dan bentuk tanah lot. Ini penting sebab rekabentuk rumah yang akan dibina banyak bergantung kepadanya.
  • Kecuraman tanah.
  • Ketinggian tanah lot berbanding jalan dan kawasan sekeliling.
  • Samaada dalam/dekat kawasan banjir.
  • Tanah telah dibersihkan/dikosongkan.
  • Tanah telah diratakan.
  • Samaada tanah perlu ditembok atau tidak.
  • Harga untuk saiz sekaki (RM/sq. ft).
  • Berdekatan dengan sumber/tiang elektrik.
  • Berdekatan dengan sumber/paip air.
  • Berdekatan kawasan yang telah ada internet yang laju.
  • Perparitan.
  • Laluan/jalan bertar dari luar ke rumah.
  • Lampu jalan & dekat lot tanah.
  • Lot jiran.
  • Jiran; agama, kaum, sifat, …
  • Dapatkan contact jiran-jiran.
  • Samaada penjual adalah pemilik tanah, atau …, atau …
  • Semak/buat carian geran dsb. di pejabat tanah mukim/daerah terbabit.
  • Semak/dapatkan salinan pelan kawasan terbaru di JUPEM.
  • Semak/dapatkan info berkenaan pelan/perancangan pembangunan kawasan terlibat.

Wallahua’lam.