Assalamualaikum. Saya ingin kongsikan article berserta rajah jadual mudah berkaitan waktu subur.
Berikut adalah gambarajah apa yang Cikgu faham dari pembacaan dll. (Cikgu bukan seorang doktor ya). Kalau ada yang salah/tak tepat/perlu dibaiki, minta tolong bagitahu supaya sama-sama dapat kongsikan.
Daripada sini, bagi yang ingin dapatkan zuriat boleh cuba lakukan ‘aktiviti bersama’ antara hari ke-13 dan hari ke-17 (kiraan selepas hari ke-1 haid). Rujuk warna biru dan warna ungu dalam jadual.
Dan mungkin ‘aktiviti bersama’ boleh dilakukan selepas hari ke-23 (kiraan selepas hari ke-1 haid) bagi yang ingin merancang sebaliknya. Rujuk warna hijau dalam jadual.
Wallahhu a’lam.
Rujukan:
http://drazwan.blogspot.com/2008/01/mengira-waktu-subur-wanita.html