Pengalaman Bersama Myvi SXi

Hari pertama bersama Perodua Myvi SXi; penalaan clutch panjang oleh Perodua agak susah untuk dipandu, enjin selalu ter’mati’šŸ™‚ terutamanya bila jalan jam menaiki bukit. Ditambah pula dengan pedal accelerator yang ‘lembut’, kurang rasa feedback selalu membuatkan enjin ‘mengaum’ kerana terlebih tekan, atau enjin mati kerana terkurang tekan. Ini mungkin disebabkan spring return terlalu ‘lembut’. Ditambah lagi dengan aircond air compressor yang banyak ‘menggangu’.

Kedudukan pedal terutamanya pedal clutch, apabila habis ditekan, terlalu jauh; menyebabkan tumit perlu digerakkan. Kedudukan pedal clutch apabila tidak ditekan pula terlalu hampir dan tinggi; tapi ini boleh di ubahsuai dengan menukar skru pelaras.

Clutch panjang amat mudah diubah. Cuma perlu buka hood depan, dan putar skru plastik bewarna hitam ikut kesesuaian.

Keadaan return spring pedal accelerator yang ‘lembut’ (loose) itu, mungkin ditala demikian kerana untuk tidak menyebabkan kaki lenguh untuk pemanduan lama. Tapi bagi Cikgu, mungkin lebih selesa jika lebih keras (stiff) sedikit. Caranya samaada tukar dengan spring yang lebih kuat; atau boleh cuba regangkan sedikit spring yang sedia ada.

Gear berasa agak ketat untuk ditukar. Gear agak sukar untuk masuk ke gear 1 dan (terutamanya) gear reverse. Kadang-kadang berasa kurang pickup termasuk pada gear rendah. Ini semua mungkin kerana kereta masih baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s