gobolinux: howto compile and install program

# UpdateRecipes
# FindPackage lynx
# Compile lynx
# NewVersion lynx 2.8.7
# vim -N /Files/Compile/Recipe/Lynx/2.8.7/recipe
# vim -N /Data/Compile/LocalRecipes/Fluxbox/1.3.7/recipe
# Compile lynx
# ContributeRecipe Lynx 2.8.7

Advertisements

Projek DIY: Tudung Kepala

niqab

Photo: Gambar hiasan

Dalam projek kali ni, kita akan sama-sama membincangkan langkah untuk membuat tudung sendiri 🙂

Ciri-ciri tudung dalam projek kali ini:

  • agak labuh, menutup bahagian dada, supaya tidak nampak bentuk dada.
  • tidak jarang/transparent; ada tudung yang agak nipis kelihatan rambut dan bentuk leher dsb. apabila di balik cahaya.
  • kain/fabrik tidak mudah melekat/melekap pada baju.
  • kain/fabrik yang tidak mudah kedut.
  • warna hitam/ warna lembut.

Bahan:

  • nama kain: koshibo.
  • saiz kain: beli kain yang lebar 60″ (60 inch / bidang 60 / lerang 60).

    Image: Apa yang 60 ni?

    Kalau di kedai jual kain ela tu, nak tahu yang mana bidang 60 senang je. Kalau tengok banyak gelung kain didirikan, jadi yang gulung tinggi tu bidang 60 lah.

    Image: Kain ela bidang 60 di kedai

    Guna kain lebar 60″ ni sebab nak nanti tudung kita labuh bahagian lengan sampai hampir ke siku.

Alatan:

  • Gunting.
  • Pita ukur.
  • Pembaris.
  • Kapur penanda
  • lilin + mancis
  • mesin jahit

Langkah:

  1. aaa
  2. bbb
  3. daa

Selepas tudung macam ni, mungkin kita akan susuli pula dengan tudung yang ada awning (ala..yang ada bumbung keras kat depan tu).

Pengalaman Bersama Myvi SXi

Hari pertama bersama Perodua Myvi SXi; penalaan clutch panjang oleh Perodua agak susah untuk dipandu, enjin selalu ter’mati’ 🙂 terutamanya bila jalan jam menaiki bukit. Ditambah pula dengan pedal accelerator yang ‘lembut’, kurang rasa feedback selalu membuatkan enjin ‘mengaum’ kerana terlebih tekan, atau enjin mati kerana terkurang tekan. Ini mungkin disebabkan spring return terlalu ‘lembut’. Ditambah lagi dengan aircond air compressor yang banyak ‘menggangu’.

Kedudukan pedal terutamanya pedal clutch, apabila habis ditekan, terlalu jauh; menyebabkan tumit perlu digerakkan. Kedudukan pedal clutch apabila tidak ditekan pula terlalu hampir dan tinggi; tapi ini boleh di ubahsuai dengan menukar skru pelaras.

Clutch panjang amat mudah diubah. Cuma perlu buka hood depan, dan putar skru plastik bewarna hitam ikut kesesuaian.

Keadaan return spring pedal accelerator yang ‘lembut’ (loose) itu, mungkin ditala demikian kerana untuk tidak menyebabkan kaki lenguh untuk pemanduan lama. Tapi bagi Cikgu, mungkin lebih selesa jika lebih keras (stiff) sedikit. Caranya samaada tukar dengan spring yang lebih kuat; atau boleh cuba regangkan sedikit spring yang sedia ada.

Gear berasa agak ketat untuk ditukar. Gear agak sukar untuk masuk ke gear 1 dan (terutamanya) gear reverse. Kadang-kadang berasa kurang pickup termasuk pada gear rendah. Ini semua mungkin kerana kereta masih baru.